Sunday, October 28, 2018

Feqah Tahun 1

Kandungan Matapelajaran Feqah Tahun 1

Bab 1 - Ibadat
Bab 2 - Taharah
Bab 3 - Bahagian Air
Bab 4 - Wuduk
Bab 5 - Istinjak

_____________________________________________________________________________

Ibadat


Kata kunci - ibadat, umum, khusus, syukur, puasa, syariat, jenazah, pahala, mulia, belajar, baik, kasih sayang, ramadhan, zakat, dibenci, membaca, al-Quran.


Ibadat khusus

a. Solat


Related image
(photo credit: https://ibnuasmara.com/doa-sholat-witir/tata-cara-shalat-witir-1/)

b. Puasa
Image result for puasa photo cartoon

https://islam-institute.com/tata-cara-puasa-syawal/

c. Menunaikan haji
Image result for hajj photo cartoon
d. Membayar zakat


Related image



Ibadat umum


Contoh ibadat umum
1. Membaca al-Quran
2. Bercakap benar
3. Berniaga 
4. Solat sunat
5. Puasa sunat
6. Membantu ibu bapa
7. Menolong orang tua


Taharah




Kata kunci - taharah, bersuci, pakaian, hilangkan, kotoran, najis, wajib, tawaf, disukai, pakaian, tempat

Pengertian Taharah

Taharah adalah bersuci iaitu mengangkat hadas  dan menghilangkan najis daripada badan, pakaian dan tempat.

Tujuan bersuci

1. Solat
2. Membawa al-Quran
3. Tawaf




Faedah Taharah

1. Membersihkan diri
2. Terhindar daripada penyakit
3. Terhindar daripada kekotoran
4. Terhindar daripada najis

Hukum Taharah
Hukum taharah adalah WAJIB


Bahagian Air




Kata kunci - mutlak, musyammas, musta'mal, mutannajis, muqayyad, hujan, suci

1. Air yang suci dan boleh menyucikan benda lain:-

Air Mutlak
Air yang suci lagi menyucikan, air yang kekal dengan sifat asal kejadiannya

Contoh:
  • Air hujan
  • Air sungai
  • Air embun
  • Air salji
  • Air paip
  • Air mata air
  • Air laut
  • Air terjun
  • Air perigi



Air Musyammas
Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Air musyammas bermaksud air yang terdedah atau terjemur kepada cahaya matahari  (bagi negeri-negeri beriklim panas) yang mana ia boleh menyebabkan karat pada air dalam tin besi dan air tersebut boleh mendatangkan mudarat.

- Air musyammas boleh digunakan apabila sudah suci
- Hukum berwuduk menggunakan air musyammas adalah makruh
- Air musyammas yang terdedah pada cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kulit

Air Musta'mal

Air yang telah digunakan bagi mengangkat hadas dan kurang daripada dua kolah.

Contoh:

  • air basuhan kali pertama untuk berhadas (mandi yang wajib dan wuduk) dan sudah bercerai daripada anggota badan
  • air yang digunakan untuk menghilangkan najis iaitu jika air tersebut tidak berubah dan tidak bertambah


Air Mutannajis
  • Air mutannajis adalah tidak suci
  • Tidak sah bersuci menggunakan air mutannajis
  • Air yang kurang dua kolah dan terkena najis
  • Air mutannajis adalah air yang telah bercampur dengan najis
  • Air yang apabila berubah salah satu daripada tiga sifat iaitu

Contoh-contoh najis:
  • Darah
  • Bangkai
  • Benda yang keluar dari qubul dan dubur
Air Muqayyad

Contoh:
  • Air susu
  • Air teh
  • Air nila 
  • Syampu
  • Air oren
  • Air kopi
  • Air Kelapa

Wuduk




Kata kunci - niat, hadas, wuduk, kecil, anggota, mengangkat

Pengertian Wuduk

Menyampaikan air kepada anggota yang tertentu untuk mengangkat hadas kecil beserta dengan niat.

Rukun wuduk

  1. Niat (sahaja aku berwuduk kerana Allah taala)
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga siku
  4. Membasuh sebahagian daripada kepala
  5. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga buku lali
  6. Tertib


Sunat-sunat wuduk
  • Membaca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
  • Membaca بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
  • Membasuh kedua-dua belah tangan
  • Berkumur-kumur
  • Memasukkan air ke hidung
  • Bersugi
  • Menyapu seluruh kepala
  • Menyapu telinga
  • Mendahulukan anggota yang kanan dari kiri
  • Mengulangi perbuatan tiga kali
  • Menghadap kiblat
  • melebihkan basuhan, had muka, tangan dan kaki
  • Tidak membazir air 
  • Membaca doa selepas berwuduk
Perkara-perkara yang membatalkan wuduk
  • Mabuk
  • Gila
  • Pengsan
  • Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur
  • menyentuh kemaluan
  • Tidur
  • Murtad
  • Bersentuh kulit lelaki dan permpuan yang bukan mahram tanpa lapik

Doa Selepas berwuduk



Istinjak




Kata kunci - istinjak, istibra'

Pengertian Istinjak

Istinjak ialah membersihkan qubul dan dubur selepas buang air kecil atau besar.
Istibra' bermaksud menuntut kebersihan. Istibra' adalah cara beristinjak. Istinjak ialah memastikan tidak ada sisa najis berbaki.

Hukum Istinjak

Hukum beristinjak adalah wajib.


Alat istinjak 
  1. Alat istinjak : (3 biji) batu, tisu, kulit kayu, daun kering, air mutlak.
Doa masuk dan keluar tandas

Image result for doa masuk tandas


Cara beristinjak:
  1. Membaca doa sebelum masuk tandas.
  2. Membuang air.
  3. Istibra'.
  4. Basuh dengan air mutlak dan sabun atau mengesat dengan benda-benda kesat hingga bersih dan suci.
  5. Keluar tandas dengan membaca doa.

1 comment:

  1. Top 10 best sports toto in 2021 - Sporting 100
    The best sports toto bets in 2021 The top 10 best sports toto bets in 2021. Best 10 best sports sporting100 toto bets in 2021. Sporting 100.

    ReplyDelete